join the campaign


join the campaign


MAIPk BANTUAN MAHASISWA 2025

Permohonan Bantuan Mahasiswa MAIPk 2025 dibuka sepanjang tahun. Pelajar IPT yang layak digalakkan memohon untuk menerima bantuan kewangan bagi meringankan kos pengajian dan sara hidup

MAIPk BANTUAN MAHASISWA 2025

📘Pengenalan

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyediakan Bantuan Am Pelajaran berbentuk bantuan sekaligus (one-off) kepada pelajar yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negara. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan ketika memulakan pengajian.

💸 Kadar Bantuan

PERINGKAT PENGAJIAN JUMLAH BANTUAN
SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV (KV) RM800.00
DIPLOMA / DPMV (KV) RM1,000.00
IJAZAH RM1,000.00

✅ Syarat Permohonan am

  1. Pemohon beragama Islam.
  2. Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan.
  3. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
  4. Mendapat tawaran belajar dari institusi pengajian tinggi.
  5. Permohonan hendaklah dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran.
  6. Pengajian secara sepenuh masa dan tempoh tidak kurang dari 12 bulan.
  7. Pengajian DPLI, PJJ, dan Pascasiswazah adalah tidak layak.
  8. Pemohon bukan penjawat awam atau pekerja swasta yang sedang berkhidmat dan mempunyai pendapatan bulanan.
  9. Hanya pengajian dalam negara sahaja yang layak.

📝 Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut:

🔗 https://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk

Sila pastikan semua syarat kelayakan dipenuhi sebelum membuat permohonan.

📑 Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan:
    • Pemohon
    • Pasangan
    • Tanggungan
    • Ibu/bapa atau penjaga
  2. Salinan Penyata Akaun Bank (Disahkan oleh bank . Penyata slip dari mesin ATM adalah tidak sah.)

📞 Pertanyaan Lanjut

Bantuan Am Pelajaran / Perubatan:
Hubungi pejabat MAIPk daerah masing-masing — Klik di sini
Emel: korporat@maipk.gov.my

Bantuan Hemodialisis / Dermasiswa / Tambang Perjalanan:
Hubungi Ibu Pejabat MAIPk: 05-208 4000
Emel: korporat@maipk.gov.my

📚Rujukan

Untuk maklumat lengkap dan permohonan rasmi, sila layari:
🔗 https://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk

Share:
Muhamad haras hasnawi

Muhamad haras hasnawi

Previous Post MAIPk BANTUAN MAHASISWA 2025
Next Post MAIPk BANTUAN MAHASISWA 2025

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *