Permohonan Bantuan Mahasiswa MAIPk 2025 dibuka sepanjang tahun. Pelajar IPT yang layak digalakkan memohon untuk menerima bantuan kewangan bagi meringankan kos pengajian dan sara hidup
MAIPk BANTUAN MAHASISWA 2025
📘Pengenalan
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyediakan Bantuan Am Pelajaran berbentuk bantuan sekaligus (one-off) kepada pelajar yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negara. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan ketika memulakan pengajian.
💸 Kadar Bantuan
| PERINGKAT PENGAJIAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV (KV) | RM800.00 |
| DIPLOMA / DPMV (KV) | RM1,000.00 |
| IJAZAH | RM1,000.00 |
Syarat Permohonan am
- Pemohon beragama Islam.
- Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan.
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Mendapat tawaran belajar dari institusi pengajian tinggi.
- Permohonan hendaklah dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran.
- Pengajian secara sepenuh masa dan tempoh tidak kurang dari 12 bulan.
- Pengajian DPLI, PJJ, dan Pascasiswazah adalah tidak layak.
- Pemohon bukan penjawat awam atau pekerja swasta yang sedang berkhidmat dan mempunyai pendapatan bulanan.
- Hanya pengajian dalam negara sahaja yang layak.
📝 Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut:
🔗 https://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk
Sila pastikan semua syarat kelayakan dipenuhi sebelum membuat permohonan.
📑 Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan:
- Pemohon
- Pasangan
- Tanggungan
- Ibu/bapa atau penjaga
- Salinan Penyata Akaun Bank (Disahkan oleh bank . Penyata slip dari mesin ATM adalah tidak sah.)
📞 Pertanyaan Lanjut
Bantuan Am Pelajaran / Perubatan:
Hubungi pejabat MAIPk daerah masing-masing — Klik di sini
Emel: korporat@maipk.gov.my
Bantuan Hemodialisis / Dermasiswa / Tambang Perjalanan:
Hubungi Ibu Pejabat MAIPk: 05-208 4000
Emel: korporat@maipk.gov.my
📚Rujukan
Untuk maklumat lengkap dan permohonan rasmi, sila layari:
🔗 https://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk



